Monday, December 21, 2009

Profile Syarikat





HYPERNET RESOURCES adalah sebuah syarikat 100% bumiputra yang telah ditubuhkan pada 12 Jun 2008 dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bernombor pendaftaran 001773825-M. Alamat syarikat adalah di No. 9-2, Jalan PJU 8/5A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jenis Perniagaan yang didaftarkan adalah:
1. Perniagaan Jual Beli Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
2. Pengiklanan Di Laman Web,
3. Kursus Dan Latihan dan
4. Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat

Pengarah HYPERNET RESOURCES terdiri dari:-

1. En. Mohd Faizal Bin Zainal - Pengarah Urusan dan Kewangan
Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai pengalaman yang luas di bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selain pengurusan, pentadbiran dan kewangan. Beliau pernah berkhidmat selama 8 tahun di Petronas, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat kepada beberapa syarikat swasta, beliau adalah salah seorang pelopor kepada sistem eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC. Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau adalah 'programmer' atau 'the brain' kepada kebanyakkan syarikat-syarikat dinyatakan tadi.

2. En. Hairul Nizam Bin Hashim - Pengarah Pemasaran
Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai pengalaman luas di bidang rangkaian "networking" dan afiliate selama lebih dari 8 tahun dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mendambakan diri di dalam bidang rangkaian dan afiliate semenjak dari universiti sehingga sekarang.

3. En. Mohd Fareez Bin Zainal - Pengarah Pentadbiran
Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai 5 tahun pengalaman di bidang Multimedia selain pentadbiran. Beliau berkelulusan Diploma Pengaturcaraan Multimedia dari Cosmopoint dan pernah berkhidmat di syarikat Panglima Aces Sdn Bhd di bahagian pentadbiran, pernah berkhidmat di syarikat swasta berhubungkait teknologi maklumat telekomunikasi, pernah berkhimat di syarikat yang mengendalikan eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd serta Strand Resources Sdn Bhd.



No comments:

Post a Comment